7 Cara yang dapat bantu anda tingkatkan sales, hanya menggunakan status di Facebook.

5hb Mei, 2015

 

Ditulis oleh: Aqif Azizan

 

Perasan atau tidak, prestasi setiap status kita di Facebook tidak lagi sama seperti dahulu.

Dalam bahasa teknikal, paparan organik di Facebook semakin menurun. Semakin sedikit pengguna Facebook yang nampak apa status-status yang kita terbitkan di Facebook.

Bagi usahawan yang menggunakan status Facebook sebagai tempat berbisnes, ia menjelaskan signal merah atau risiko yang tinggi. Prestasinya semakin merudum.

Bagaimana Facebook menguruskan sistemnya untuk memilih status yang sesuai dipaparkan kepada orang ramai?

7 Cara yang dapat bantu anda tingkatkan sales, hanya menggunakan status di Facebook.

Jawapan ini saya dapat dariapda seorang engineer di Facebook. Namanya Lars Backstrom.

Terdapat 7 faktor yang membantu Facebook untuk meningkatkan paparan organik bagi setiap status Facebook yang kita terbitkan.

Jika kita faham bagaimana untuk baiki 7 faktor ini, kita boleh kembali menjual di Facebook Pages atau Facebook peribadi hanya dengan menerbitkan status-status sahaja.

1) Jenis post yang mempunyai banyak… (teruskan bacaan).

Jenis status kita yang popular di Facebook memberi kesan pada jumlah paparan organik.

Facebook akan lihat jenis-jenis status yang mempunyai nilai interaksi yang tinggi daripada kalangan pengguna.

Sebagai contoh,

"Status kita berbentuk imej mempunyai nilai interaksi yang lebih tinggi berbanding teks, jadi post berkaitan gambar akan dapat paparan organik yang lebih tinggi."

Maksud interaksi dari kaca mata Facebook adalah: Jumlah shares, like dan comment.

2) Elakkan daripada menghasilkan post-post yang mengganggu dan menyakitkan hati.

Apabila pengguna Facebook lain terbaca status kita, dan mereka klik pada ikon "hides" atau "report as spam", ia memberi kesan yang buruk pada paparan organik kita.

Facebook anggap kita mengganggu pengguna lain di Facebook. Jadi, setiap post kita dikurangkan paparannya.

Ini juga berlaku pada Facebook peribadi. Tidak kisah samada kita mempunyai ribuan pengikut atau tidak.

3) Jika Facebook Ads kita gagal, Facebook juga akan mula benci kita.

Adakah kita pernah guna Facebook Ads?

Jika interaksi di antara pengguna dan Facebook Ads kita tidak banyak, ia juga memberi kesan yang buruk pada paparan organik.

Facebook pandang iklan kita sebagai iklan yang tidak menepati citarasa pelanggan. Secara tidak langsung, Facebook kurangkan jumlah paparan organik.

4) Jika Internet lambat, maka jumlah status pun tersumbat.

Ini pula berkaitan dengan teknologi milik si pengguna Facebook.

Sekiranya talian Internet lambat, maka pengguna Facebook cuma terima sedikit sahaja post terbaru daripada rakan-rakan Facebook mereka yang lain.

Ada juga faktor yang melibatkan jenis gajet. Namun huraian ini tidak diperincikan oleh Lars Backstorm.

5) Berapa banyak interaksi kita dengan pengguna Facebook lain?


Poin nombor 5 hingga 7 ini melibatkan satu algoritma yang Facebook gunakan dan digelar sebagai Edgerank.

Pendekatan pertama adalah mengukur "affinity."

Iaitu jumlah interaksi pengguna Facebook terhadap post-post Facebook peribadi dan Facebook Pages.

Jumlah interaksi membantu Facebook untuk mengenalpasti samada pengguna minat pada kita atau sebaliknya.

6) Dua jenis post yang Facebook suka dan bagi keutamaan?

Pendekatan kedua dalam Edgerank adalah "weight."

Facebook sudah mengumumkan bahawa keutamaan News Feed mereka lebih kepada elemen multimedia selain daripada teks iaitu:

1) Video.

2) Gambar.

Dua elemen multimedia ini adalah prioriti pihak Facebook.

7) Jangan main post bila-bila masa. Ini sebabnya.

Pendekatan yang ketiga pula adalah "decay".

Berhati-hati apabila merancang sebarang aktiviti penerbitan status di Facebook. Lagi lama status kita di Facebook, lagi kurang peluang untuk ia dipaparkan kepada pengguna lain.

Jalan terbaik adalah:

"Terbitkan status Facebook kita pada masa yang betul. Iaitu waktu pengguna atau prospek kita aktif ketika itu."

Apa 1 tindakan yang boleh anda buat sekarang? Ini jawapannya.

Semua maklumat yang saya kongsikan dalam artikel ini boleh memberi kesan pada prestasi Facebook peribadi atau Facebook Pages kita di masa akan datang.

Jika tanya saya 1 tindakan yang mudah untuk dipraktikkan, jawapan saya adalah:

"Gambar dan video."

Wujudkan strategi baru untuk berkongsi sebarang informasi atau promosi menggunakan gambar atau video.

Elemen multimedia ini nampak lebih sukar dan banyak kerja berbanding teks. Namun buat masa ini Facebook hanya mengutamakan dua elemen multimedia ini, memandangkan ia sangat popular dan responsif berbanding teks.

Mahu belajar 27 lagi teknik marketing, hanya menggunakan status-status Facebook?

Jika anda belajar sesuatu daripada 1 artikel panjang tentang Facebook marketing ini, maka saya mahu berkongsi dengan anda 27 lagi cara marketing yang anda boleh gunakan.

Saya ada tulis sebuah ebook dan namakan judulnya sebagai,

"27 Teknik Content Marketing."

Ebook ini hanya untuk anda yang ada bisnes dan mahu meningkatkan jualan menggunakan status-status Facebook.

Ia bukan percuma. Ia ada harga yang perlu dibayar.

Jika anda serius mahu belajar 27 teknik ini, sila picit kotak merah di bawah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

"Ya! Saya mahu belajar lagi 27 teknik content marketing daripada Aqif (Picit sini)."

"Ya! Saya mahu belajar lagi 27 teknik content marketing daripada Aqif. (Picit Sini)"»

Statements have not been reviewed by the FDA as this product is not designed to treat, cure or prevent any disease. Consult with a qualified medical professional if you are pregnant, plan on becoming pregnant, nursing, taking any medications, or had any illness in the past before starting any new supplements.

Understand that your results will vary.

We are not giving any medical advice and all information on this website is for informational purposes only. By using this product you are doing so at your own risk and knowingly waive all rights to make any legal claims against the site owners or its affiliates.